April 16, 2015

kasih sayang-Nya yang hilang

pada mulanya rasa terabai, terbiar terkontang kanting, rasa macam Allah dah x sayang kita. Astaghfirullah. Allah kan memang kaya dengan kasih sayang. kita sendiri yang drift jauh daripada Allah. teringat sepotong ayat status fb:

"kadang kadang kita rasa dekat dengan Allah, kadang kadang kita rasa jauh sangat. tapi ingat, Allah x bergerak seinci pun daripada kita"

Subhanallah. so, part mana yang Allah dah tak sayang kita tu? Allah Maha Mengasihi kan? tapi kalau ada ketika kita rasa macam x terasa kasih sayang Dia, apa salahnya menangis merayu minta kasih sayang daripada-Nya. Allah suka orang berharap, meminta-minta padanya. lepas doa tu, insyaallah sekecil2 nikmat pun kita rasa kasih sayang Allah. Masyaallah.

cakap pasal meminta-minta ni, ada satu analogi yang saya dengar di TV Al-Hijrah. kata speaker tu:

"saya ada 3 orang anak. selalunya, saya akan mengalah dengan anak bongsu saya. kenapa? katakanlah mereka inginkan gula-gula dari kedai.
anak yang pertama datang kepada saya dan tanya, 'abah, nak gula-gula boleh?' dengan bahasa sopan. i said, 'no.'. dia kata 'ok.' dan berlalu.
anak kedua pula datang kepada saya, sama juga. 'nak gula-gula boleh?' 'no.' 'ok.' dia pun berlalu.
anak ketiga datang, katanya 'abah, nak gula-gula boleh?' saya jawab 'no.' tetapi dia x berlalu, dia masih merengek 'alaa boleh la, boleh la, nak gula-gula. boleh la.' akhirnya saya belikan."

dia berkata lagi,
"kalau anak pertama dan kedua merengek sikit lagi, saya rasa saya akan beli jugak untuk mereka."

pointnya dekat sini, kenapa kita x buat macam dengan Allah? kalau kita merengek-merengek dengan Allah, Allah suka. bahkan, Allah sentiasa rindukan rintihan hamba-Nya. jangan salahkan Allah kalau kita doa sambil lewa je.

mungkin rasa segan nak merintih dengan Allah, buat lah masa sorang-sorang. tak perlu tunggu lepas solat pun. Allah ada untuk kita anytime, anywhere. x kesah la masa tu tengah kelas ke, rasa macam payahnya lah nak masuk ilmu. tutup mata sekejap, merayu dengan Allah dalam hati. percaya lah Allah dengar setiap butir percakapan kita walaupun x dilafazkan. Subhanallah.

sebab tu lebih best dating dengan Allah daripada dengan ajnabi. Allah boleh jaga kita, tolong kita, dengar rintihan kita, bila-bila je dan yakinlah Allah PASTI dengar. Allahu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan keluarganya yang kerana baginda, sampai lah Islam kepada kita sehingga ke hari ni. Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera  :)
-coretan oleh yang tak sempurna-

Bukti Kewujudan ^^